.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto; }

tochey!!tochey!!!syukran!!

Monday, October 25

AZAM KHALISH DAH DUA TAHUN









23 Oktober 2010 maka genap sudah umur khalish 2 tahun...maka bermulalah azam baru ummi khalish untuk khalish...haha...bukannya khalish yg berazam..tp ummi nya plak yer...azamnya ialah aku mmg dah pasang niat kalau khalish dah umur dua tahun aku akan cuba untuk mengandung lain plak..ye la nak tunggu lama2 umur pun makin meningkatkan...itulah dia azamnyer..hehe

nak story mory pasal sambutan besday anakku ni..nampaknya terpaksa ditunda ke tarikh lain..masa tarikh 23/10 aritu tak boleh nak buat sebab aku terlibat dengan khemah ibadah...minggu ni plak 30/10 aku bawak budak2 rombongan ke Melaka...minggu berikutnyer penuh dengan aktiviti setiap sabtu di sekolah...entah bila la nak celebrate...tapi insya Allah nak tunggu pak tam khalish yang dok kat sabah tu balik baru nak wat besdaynyer...

sapa kata senang jadi cikguni kan?jadual memang pack...walaupun sabtu mahupun ahad...
Gambar besday boy masa umurnya masuk 2 tahun...moga jadi anak yg obedient (kata uncle farid ) dan ummi harap anak ummi sihat dan menjadi anak yg soleh..aminn...

Monday, October 18

tips mencari pasangan hidup

nak bagi tips sikit kat kawan-kawan kita yang masih bujangan dan sedang mencari teman hidup..bukan apa perkahwinan dibina bukan hanya untuk dilayar bahteranya sebulan dua atau setahun dua..namun dengan keizinan ALLAH kita mahukan perkahwinan itu kekal hingga ke akhir hayat..tak gitu?di sin ada tips untuk kawan2 mencari pasangan hidup..


Ditulis oleh ustadzunal karim Abu Karimah Askari bin Jamal

Disebutkan dalam kitab “tahdzibul kamaal” karya Al-Hafizh Al-Mizzi:

Berkata Yahya bin Yahya An-Naisaburi: “Suatu ketika aku berada di sisi Sufyan bin Uyainah, tiba-tiba ada seorang lelaki datang lalu berkata:
‘Wahai Abu Muhammad! Aku mengeluhkan kepadamu perihal fulanah –isterinya, saya orang yang paling hina dan rendah menurutnya!’
Maka Sufyan diam beberapa saat, lalu mengangkat kepalanya dan berkata:
‘Jangan- jangan engkau sangat berharap kepadanya sehingga menjadikannya semakin merasa tinggi?’
Ia menjawab: ‘Benar demikian wahai Abu Muhammad!’
Berkata Sufyan:
من ذهب إلى العز ابتلي بالذل، ومن ذهب إلى المال ابتلي بالفقر، ومن ذهب إلى الدين يجمع الله له العز والمال مع الدين
“Siapa yang mencari kemuliaan (dengan nasab keturunan), maka dia akan ditimpa musibah kehinaan, dan siapa yang mencari harta, maka dia akan ditimpa kemiskinan, dan siapa yang mencari agama, maka Allah mengumpulkan untuknya kemuliaan, harta, sekaligus agama.”
Lalu Beliau mulai bercerita:
“Kami empat bersaudara: Muhammad, Imran, Ibrahim dan saya sendiri. Muhammad yang tertua diantara kami sedangkan Imran adalah yang bungsu, aku pertengahan diantara mereka. Tatkala Muhammad ingin menikah, dia ingin mencari wanita berketurunan bangsawan, maka dia pun menikahi wanita yang lebih mulia nasab keturunannya dibanding dirinya, maka Allah menimpakan musibah kehinaan kepadanya. Adapun Imran menginginkan harta, maka dia menikahi wanita yang lebih kaya darinya, maka Allah menimpakan kemiskinan kepadanya, dimana keluarga wanita itu mengambil semua miliknya dan tidak menyisakan sama sekali untuknya! Aku pun memperhatikan keadaan keduanya, lalu datanglah Ma’mar bin Rasyid kepada kami, maka akupun meminta pendapatnya sambil aku menceritakan kisah kedua saudaraku. Maka Beliaupun mengingatkan aku hadits Yahya bin Ja’dah dan hadits Aisyah. Adapun hadits Yahya bin Ja’dah, bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
تنكح المرأة على أربع: دينها، وحسبها، ومالها، وجمالها، فعليك بذات الدين تربت يداك “.
“Wanita dinikahi karena empat hal: agamanya,keturunannya, hartanya dan kecantikannya. Pilihlah wanita yang memiliki agama, (jika tidak) maka celaka engkau.”
Dan hadits Aisyah bahwa Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
“ أعظم النساء بركة أيسرهن مؤنة
“Wanita yang paling banyak berkahnya adalah yang paling mudah maharnya.”
Maka aku pun memilih untuk diriku wanita yang memiliki agama dan mahar yang ringan sebagai wujud mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, maka Allah Ta’ala menganugerahkan kepadaku kemuliaan, harta sekaligus agama.”

jadi gunakanlah tips yang ada untuk memilih calon isteri atau suami yer...renung2kan dan selamat beramal..

Sunday, September 12

dato sosilawati dibunuh..



apa nak jadi duna ni...dipenuhi dgn berita2 kezaliman dan kekejaman...sudah hampir 2 minggu berita kehilangan sosilawati dan tiga yang lain..akhirnya terungka dgn penangkapan 7 org suspek...berita mengatakan mayat mereka dibunuh, dibakar dan abunya dibuang ke laut...subhanallah...kerana wang manusia gelap mata dan alpa hingga sanggup membuat dosa...

marilah bersama kita sedekahkan al-fatihah untuk keluarga mangsa

Tuesday, August 31

erti kemerdekaan

apakah erti kemerdekaan kpd anda semua?penjajah sudah tiada tapi masih ada lg anak2 muda dan semua peringkat golongan yg dijajah pemikiran mereka dgn benda2 yg tak masuk di akal..

aku nak story mory sikit la pasal family aku kat penang...baru2 ni kawasan perkampungan tersebut telah pon diberikan notis utk keluar dari kwsan tersebut...kata "tuan tanah " yg mereka ni adalah penceroboh....bayangkan setelah lebih 100 tahun kampung tersebut wujud dan mereka dah sampai berapa generasi dituduh sbgai penceroboh...ada ka patot?tuan tanah yg asal org melayu kiter dah jual tanah tu,..ngkin kerana kesempotan utk gunakan wang dia jual la kan...jual plak kat kaum majoriti kan penang...u alls sendiri bolah pikir la kaum apa yg byk kat situ kan?jadi mmg depa suka la nak halau kaum melayu ni..

dah DIJAJAH lagi....itu pun ada melayu BANGANG (ooppss sori....tguna bhsa kurg manis..terpaksa..sbb melayu tak sedar dri wujud) yang tak tahu bfikir masih jgk nak ikut pemkiran yg tampuk pmerintahan yg salah...kerajaan pimpinan PM yg dipersalahkan jgk..ish..ish..tak reti bsyukur..pikirlah ckit..otak jangan letak kat tapak kaki...sedarlah wahai BANGSA MELAYU...cukup2 lah....

nampak gayanya kampung aku kat penang tu tak lama lagi akan drobohkan dan akan dibina apa aku pun tak tau..terpaksa la family aku tu bpindah dan cari rumah lan untuk perlindungan coz pihak yg nak ambil kawasan tersebut takkan memberikan apa2 pampasan..

moga kita as a rakyat MALAYSIA dan melayu berfikir dan cepat2 lah bersatu utk elakkan benda n berlaku di negeri lain plak.


SELAMAT HARI MERDEKA KE 53
SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI