.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto; }

tochey!!tochey!!!syukran!!

Wednesday, January 26

RASA SEMANGAT NAK MENAMBAH +++

Semalam 25hb Januari 2011, biras aku kak maizun dah selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh pada jam 06.45 pagi...bila aku perg melawat di hospital dan melihat ramai bayi hati dan keinginan aku nak menambah tu dah makin kuat plak...rasa nak jugak baby macam tu....bila ek nak menambah ni?


nama baby : muhammad .....(takdak nama lagi)
tarikh lahir  : 25 januari 2011
masa : 6:45 pagi
tempat lahir : Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh
berat : 3kg ( ngam..ngam )
cara lahir : Normal way

Tuesday, January 25

KERJA YANG TIADA KESUDAHAN

yo..yo...oooo....je macam aku je la sorang yang banyak koje ye...sedangkan ramai cikgu lain yang lagi lintang-pukang nak menyiapkan keje deme....haha...tapi tahun ni tugas aku mmg ada macam2,,,ke macam2 ada ha?apa2 je la

1st keje aku kat bilik bimbingan ni macam2 keje ada...tapi keje yang besar2 banyak dibuat oleh rakan setugas aku dalam bilik ni la...aku wat keje2 yang agak2 ringan...sekarang ni kami sibuk dengan program mento-mantee...jadi aku ditugaskan wat "divider' ( sejak bila plak aku keja JKR ni....kahkah) untuk fail guru2 tu...tapi dah siap buat n photostat tgk2 macam ala2 kebudak-budakan la plak..kakak sebilik aku ni kata takpe coz skrg ni sekolah rendah...
                             apa pendapat korang?mcm budak2 tak "divider"aku?

pastu tahun ni jugak aku dilantik jadi pengerusi Kelab Guru...korang bygkanlah aku ni masih setahun jagung dalam arena pendidikan ni dah dilantik jadi pengerusi....mana la aku pandai handle kelab yang besar2 ni...anyway aku harap AJK yang lain akan bagi kerjasama kat aku dan juga seluruh guru dan kakitangan sekolah n...bukan apa,ni kelab bersama dan aku taknak menimbulkan ketidakpuasan hati ahli kelab ni terhadap aku dan AJK yang lain...tapi bagi aku mana ada orang yang akan perfect kan?mesti akan dengar cakap2 belakang dan lain2...apapun aku akan ambik tu sbgai motivasi dan pembakar semangat utk aku memimpin kelab ni buat tahun 2011....

bakal menyusul banyak lagi tugas sampingan yang aku akan pikul...ura2 yang aku dengar kena jadi juruacara untuk kejohanan bola baling peringkat zon..kalau tak silap la...selan tu byk lagi program2 B&K yang aku dgn mber nak jalankan..yang terdekat sabtu ni 29hb JAN ialah HARI BERTEMU WARIS untuk budak2 tahun 6...harap2 kedatangan memberangsangkan la...kdg2 parents ni mcm tak mabik berat sgt hal anak...harap2 kita bukan ibubapa yg begitu...

harap2 segala tugasan dan kerja yang diberikan dapat dilaksanakan dengan jayanya...hohoho...ayat skema...apapun buat yang termampu....chaiyoookkk!!!


Tuesday, January 18

Tikam Belakang

Kehidupan kita sebagai manusia tak pernah lepas dari membuat kesilapan...namun adakah kita sanggup untuk buat tak baik pada orang yang selama ni mmg baik dgn kita?macam kisah2 yang kita tgk dalam TV...rampas suami org..rampas kasih sayang..harta benda...sapa yg melakukan semua tu?semuanya adalah orang yang rapat dengan kita..


hari ni aku mdapat satu RAHSIA...nama lg RAHSIA kan...jadi tak boleh la nak diceritakan di sini..namun rahsia itu ada kaitannya dgn tajuk n3 aku kali ni..mmg susah nak jadi senang...dan bukan susah nak susah....kebaikan  kita tak semestinya akan diingati oleh orang lain...oleh itu kawan2 kalau nak berbaik dgn sesiapa pn berpada2lah....jgn terlalu mpercayai org yg kita anggap boleh mlindungi kita....sedangkan orang itulah yang menimbulkan onar....

kawan pun boleh jadi musuh...bila berdepan bermuka manis...dibelakng kita???Subhanallah... apapun aku agak kasihan pada nasib rakan ku yang seorang ni...kalau la dia tau orang yang palng rapat dengan dia yang telah mbuatkan reputasinya terjejas....ALLAHU AKBAr....harap2 diberikan kesabaran dalam menempuh kehidupan dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang pendidik...WALLAHUALAM....amin

Wednesday, January 12

1-11-11

Minggu persekolahan sudah masuk minggu yang kedua....dalam 2 minggu ni pun dah macam2 hal yang berlaku sama ada kat sekolah ataupun kehidupan aku di luar waktu sbgai seorang pendidik...kalau ikutkan nak CUTI!!!! tapi bila time cuti nak keje plak..

SEKOLAH
minggu ni aku dgn kumpulan aku plak la pulun bertugas...sememangnya bertugas di sekolah ni tak sama dgn sekolah lain..mcm2 kena buat..hanya sapa yang penah alami saja yang tahu..haha...(kang ada plak pgintip tak btauliah kat sini mgadu kat org atasan)..kah..kah...jadi semalam 11-1-11 dah mmg nyer tugas aku macam biasa la sbgai guru yg akan mmgang aiskrim a.k.a microphone la....jadi citernya smlm dari pukul 7.15pg sampai la jam 1.00 thari itu je la keja aku spnjang hari...aduhh....jadi guru btugas dan selepas tu jadi juru acara utk program orientasi tahun 4 plak...mmg aku pulun la smlm...dgn suasana yg agak tak kondusif...sbb sek aku ni tak dak dewan..so semua kumpul kat kantin..bygkan bila time rehat mjelma..mahu giler eden mgawal suasananya...

habis plak jadi juruacara pukul 1.00 tu, kena la plak jadi MAK GUARD yg VOGUE dok btenggek kat pagar depan sekolah mgawal disiplin dan keselamatan murid untuk pulang ke rumah masing2....tgah btugas ni cikgu2 lain dok dlm bilik meeting utk CONTACT TIMe...habis je tugas masuk plak CT tadi...adooii...mmg penat la...tak tau nak citer lagu mana...

satu perkara la kau nak ingat kan kpd mereka yg rajin mbaca dalam blog aku ni...bukannya kita tak boleh percayakan anak...tapi dalam percaya+manja2 tu pada2 la ye....kami ni as a teacher bukan jaga sorang dua je anak murid...berpuluh2 satu kelas..beratus2 kalau byk kelas...n nak dekat seribu org kalau diumpulkan semua masa waktu perhimpunan...sekiranya apa je blaku pd anak, dan anak pun tak pandai nak mgenalpasti..at least jgn la terus tuduh pihak sekolah dan guru..kesian la ckit kami ni..mmg tugas kami mdidik..tapi asuhan awal adalah dari rumah...berpada2 kalu nak menuding jari pada satu pihak saje yer...

*RESPECT KEPADA GURU DARI PIHAK MURID+IBUBAPA+MASYARAKAT= LUNTUR
Cuba letakkan situasi kami di tempat anda...semoga ALLAH meberkati usaha dan niat kami sbgai guru hanyalah untuk mjadikan murid2 kami org yang BERGUNA bukan untuk MENDERA