.Header img { margin-$startSide: auto; margin-$endSide: auto; }

tochey!!tochey!!!syukran!!

Saturday, May 22

SHAHIR JUara


alhamdulillah...berakhir lah sudah tirai akademi fantasia musim ke-8..aku sebenarnya tak kisah anatara shahir atau adira jadi juara...aku riso juga kalau tetiba jadi kes macam raja lawak org yg tak disangka jd juara...tetiba diumumnyer daus jd juara tak ke haru..


anyway ini adalah sejarah sejak pgenalan akademi fantasia apabila pelajar yg di Afundi masuk mjadi jura...akak mmg suka shahir menang..sampai tmimpi2 la si shahir ni...romantik giler...hahaha..fanatik tu...anyway tahniah skali lagi kpd shahir dan tq 4 all fans 4 shahir yg telah mjadikan shahir juara...moga btahan di dunia hiburan..aminnn..

Wednesday, May 12

alhamdulillah...bertambah lagi...

oppsss..nehi...nehi...nehi...bukan tambah anak tau tapi bertambah umur..hari ni 12 may genap la umur aku 27 tahun..dah berada di bumi ALLAH ini selama ini...sedar tak sedar umur ku semakin bertambah dan akan mjangkau 3o tahun tak lama lagi..

alhamdulillah..dari sorang anak kpd pasangan muhammad zakuan dan zaharah aku kini telah menjadi isteri kepada muhammada khusairi dan umie kepada muhammad khalish aqashah...kehidupan dah lengkap..namun byk lagi perkara yg masih aku belum dapat dan laksanakan..

aku ingin mjadi isteri yg terbaik dan umie yg mithali kpd khalish dan insyaallah jika ada rezeki anak2 yg akan datang...kalau ikutkan umur 27 ni baru aku nak fikirkan soal kawen dan aku dah bjanji dgn "seseorang"...tetapi kita hanya insan biasa yg hanya mampu merancang dan semuanya ditentukanTuhan..

target tahun ni nak dapatkan sebuah rumah..dah setahun mcari rumah masih belum dapat yg bkenan di hati..kalau tak ada umah kite beli tanah dan bina umah...

stelah mcecah usia 27 ini aku ingin m'ucapkan terima kasih tak thingga buat mak yg telah mlahirkan aku..yg mjaga dari kecik hingga la besar...utk arwah ayah...wpun ayah dah tiada, jasa dan pgorbanan ayah tetap diingati hingga nafas yg t'akhir..buat adik-beradik yg selama ini yg memahami atau tidak memahami..tapi kita tetap adik-beradik

buat suami terima kasih kerana bkongsi kehidupan bsama..mjalani khidupan suamisteri selama hampir 3 tahun usia pkahwinan...dan bsama2 lah kita mbesarkan anak kiter yg comel tu yer...

tak lupa juga utk kawan2 zaman kanak2, remaja dan dewasa...anda semua adalah kawan2 yg hebat yg pernah aku kenali..bmula dari sekolah di SK Karai...SMK Raja Muda MUsa, SMK Simpang Beluru, Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang especially mber SNPM, rakan sekerja di SK Kg Cheras Baharu, SK TAman Kota Jaya, dan kini SK Tanjong Rambutan..tak lupa utk sahabat2 KDP 14M GBSR IPIP..

SYUKUR KE HADRAT MU YA ALLAH MEMBERIKAN AKU KESEMPATAN MERASAI NIKMAT DI BUMI INI...AKU AKAN SEDAYA UPAYA MJADI HAMBAMU YG SENTIASA MENGINGATI MU...AMIIINN...

Tuesday, May 4

menangis...menangis...n menangis lagi

kan bagus kalau khalish boleh ketawa macam ni hari2..

entry ni pasal anak aku..aku tak tau la pasal apa dok menangis saja..tak kira siang atau malam..tanya kawan2 mgkin ada apa2 yg mganggu..apa agaknya yer..sapa yg ada apa2 petua bagi la..tohanks to kak julia yg ada bagi no phone sowg bidan yg mmg pandai dalam prubatan cara Islam..insyaAllah aku akan pi kalau Khalish mash lagi tak berubah malam ni..


sejak balik umah mak aku minggu baru ni dia menangis..aku rasa ada la tu org yg hantaq mcm kat mak aku..kalau aku ada bukt org tu saja nak "guna" kan mak aku siap la..


khalish..dah la jgn nangis lagi..umie dgn ayah harap anak umie jgn macam tu lagi ye..

Wednesday, April 21

ulser?telaga buruk?


sakit yang teramat bla dapat penyakit ni..nak telan ayaq lioq pon payah..
di sini aku post kan sedikit info mgenai sakit ni....

Ulser Mulut

Latar belakang:

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi
oleh warna kemerahan dan menyakitkan.
Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
• Stres
• Perubahan hormon
• Jangkitan (infeksi)
• Kekurangan zat makanan
• Alahan
• Radioterapi
• Kimoterapi

Tanda-tanda (simptom)
Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

• Rasa membakar dalam mulut
• Kesakitan
• Tidak selesa
• Hilang selera makan
• Demam

Berapa lama ulser mulut akan sembuh ?

Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil
masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Perhatian!!!!!!

Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk
memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.

Apa yang boleh anda lakukan?

Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
• Gunakan bahan kumuran antiseptik
• Sapu gel atau krim penahan sakit
• Kekalkan kebersihan mulut yang baik
• Makan makanan lembut
• Elakkan makan makanan panas dan pedas
• Banyakkan minum air